Pwincess Baby pwincess Let's Sing
| Stay strong.
Hi assalamualaikum semua, dah lama dah tak update blog ni. Rasa rindu serindu-rindunya dekat blog ni, ehem. Blog ni pun dah banyak berubah, bukan banyak lah. Tapi banyak lah jugak, ha-ha-ha. So, what's up guys? Sihat tak? Rindu kita tak? Tipu lah kan tak rindu, tipu lah kan :B Saya? Sihat, alhamdulilah.Okey, sebenarnya saya ni t-a-k-u-t. Bukan takut hantu or takut apa, takut nak pmr :'/ Tadi dah susun meja dalam dewan, dan ia sangat mengerunkan. Macam masuk rumah hantu dekat sunway lagoon pulak rasanya, k ini tipu. And guess what? Saya satu dewan dengan dia, saya satu barisan dengan dia. Dia duduk depan sekali, saya duduk belakang sekali. Nampak tak permainan kami? Nampak tak, sebenarnya saya tak nak dan tak suka pun semua ni. Tapi, nak tak nak kena hadap jugak muka dia for 5 days nanti. Alahai Study? Alhamdulilah dah study dah, nak kata semua tu takdelah. Setakat yang termampu je sebab kita tak boleh nak pakse diri kita kan :'D Tak nak fikir apa dah, nak fikir pasal kertas exam yang comel-comel tu. Excited pun ada, sebab next year dah nak ambik lesen. And next year jugak nak masuk sekolah lain, yey! Sudah cukup-cukup sudah, cukup sampai disini saja. Saya sudah takde idea untuk bercerita, tapi sebelum tu. Saya Siti NurHafiza ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Maafkanlah jika ada buat awak semua terasa ke, termaki, terkutuk dan segala ter-ter sewaktu dengannya. Saya minta maaf sangat-sangat, doakan saya ye dapat result yang baik. Dan dapat result yang boleh banggakan parents saya. la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin, semoga allah permudahkan segala-galanya. Amin :) Sekian. |