Pwincess ![]() Baby pwincess ![]() Let's Sing
| Cinta Pertama :)
Hi guys. First of all, terima kasih sebab sudi membaca post kali ni. Sekarang ni feyy memang rajin UPDATE sebab dah tak tahu nak buat apa dah kan. Hm, CINTA PERTAMA? Okey, feyy tahu korang semua mesti pernah mempunyai Cinta pertama rite? Haritu, ada sorang budak dekat FACEBOOK tanya feyy, Macam mana cara nak lupakan Cinta Pertama ni? Sememangnya, feyy tak mahir sangat dalam bab bercinta. Tapi, insyallah feyy akan tolong semana feyy boleh :)Kawan-kawan sekalian, cinta pertama memang cinta yang terindah sekali. Di saat kita masih ingin mengenali apakah erti kehidupan ini, hati kita terbuka untuk jatuh mahupun menerima cinta yang mendatang. Masihkah awak semua ingat perasaan awal ketika itu? Namun, hidup ini seperti roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Cinta yang indah akhirnya berakhir dengan kekecewaan. Kepada yang sedang mengalami kekecewaan cinta kali pertama, janganlah awak semua bimbang sebab ada langkah-langkah yang mudah untuk melupakan si dia :) 1. Hapuskan Si Dia Dalam Hidup AndaSi dia dah keluar daripada hidup anda. Tetapi anda masih di dalam hidup anda sendiri. Lupakan terus dia. Putuskan segala komunikasi dengan si dia, buang jauh segala benda dan perkara yang akan menyebabkan anda mengingati si dia. Sentiasa ingat cinta anda telah berakhir, tetapi hidup anda baru sahaja bermula. Ketahuilah, berakhirnya cinta anda ini bermakna, Tuhan ingin memberi ruang dan peluang yang lebih baik bagi anda. Go for it! 2. Hargailah Perasaan Anda Dan Luahkan Dengan SeadanyaSelalunya dalam keadaan begini, kita akan cenderung untuk menyembunyikan perasaan kita. Kita berpura-pura menjadi tabah dan kuat, sedangkan hati anda sedang meraung tangisan luka yang dalam. Sebenarnya, tidak salah untuk anda menangis. Laluilah saat ini dengan semula jadi tanpa pura-pura dan takutkan orang di sekeliling anda. Semakin anda menyedari realiti dan menyelami perasaan anda mengenai berakhirnya cinta anda ini, semakin cepatlah anda boleh melupakan cinta lama anda. 3. Ketahuiah Keadaan Akan Menajadi Lebih BaikMulakan dengan mendengar lagu-lagu sedih. Nampak seperti nasihat bodoh, tetapi inilah yang saya lakukan ketika saya dikecewakan dulu. Dengan mendengar lagu-lagu sedih, saya akhirnya sedar bahawa bukan saya seorang yang sedih di dunia ni, ramai lagi insan yang lebih malang. Ketika itulah saya boleh melihat masa depan yang cerah bagi saya. Saya bangkit. Anda pun boleh bangkit! Selamat mencuba ;) Insyallah, awak semua akan berjaya :D Banyak-banyakkan berdoa, dan janganlah awak putus asa, kalau kita gagal sekali. Tak bermakna kita gagal seumur hidup kan ;)
|